MAKLUMAT PROJEK
Projek Peta Kampus Pelajar OKU UM merupakan sebuah projek yang bermatlamat untuk menghasilkan satu peta kampus sebagai panduan kepada mahasiswa/I kurang upaya di Universiti Malaya. Selain itu, Peta Kampus bagi Pelajar OKU UM ini juga diwujudkan sebagai mengenal pasti kemudahan-kemudahan OKU yang disediakan di duabelas lokasi yang terpilih. Di samping itu juga, peta kampus ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pihak luar (seperti bakal mahasiswa/I kurang upaya, keluarga dan pelawat) dan pihak pentadbiran Universiti Malaya bagi merangka pelan pembangunan yang lebih holistik dan inklusif.
OBJEKTIF
Pelbagai objektif telah dirangka untuk dicapai menerusi projek ini dan berikut merupakan objektif tersebut:
a) Mengenal pasti kemudahan-kemudahan OKU yang disediakan oleh pihak Universiti Malaya di lokasi-lokasi terpilih.
b) Mengenal pasti tahap aksesibiliti di lokasi-lokasi terpilih serta tahap aksesibiliti antara satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
c) Mendokumentasikan dalam bentuk tulisan, gambar, video dan peta, lokasi boleh akses & kemudahan OKU.
d) Menjadi rujukan kepada para pengguna, khususnya dalam kalangan mahasiswa/I kurang upaya di Universiti Malaya untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dengan lebih mudah dan selamat.
e) Menjadi rujukan primer kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya dalam merangka serta melaksanakan pembangunan infrastruktur yang lebih holistik dan inklusif.
JUSTIFIKASI
Projek Peta Kampus bagi Pelajar OKU UM ini dilihat sangat penting kerana dengan adanya peta kampus yang komprehensif sebegini akan dapat membantu para mahasiswa kurang upaya di Universiti Malaya bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dengan lebih mudah serta selamat. Peta Kampus bagi Pelajar OKU UM ini merupakan antara cara yang paling berkesan dalam mengaudit tahap aksesibiliti di Universiti Malaya. Hal ini bukan sahaja penting dalam menambahkan atau menambah baik kemudahan-kemudahan OKU di satu-satu lokasi, malah membantu pihak pentadbiran Universiti Malaya mendapat gambaran yang jelas dalam merangka serta melaksanakan pembangunan infrastruktur yang bersifat lebih holistik dan inklusif agar kebajikan dan keselamatan mahasiswa/I kurang upaya di Universiti Perdana ini terjamin.
AJK Pelaksana Projek
Mohd Rizal Mat Noor
(Ketua Projek) - Institut Asia Eropah UM
Khairunnisa Abdul Samad
Akademi Pengajian Islam
Jubili Anilik
Fakulti Undang - Undang
Muhamad Nadhir Abdul Nasir
Fakulti Sastera & Sains Sosial
Muhammad Marwan bin Mohd Tanos
Akademi Pengajian Melayu
Muhammad Amirul Hakimi bin Mohd Kamal
Akademi Pengajian Islam
Ibrahim bin Mohd
Akademi Pengajian Islam