Carian

LightBlog

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG


Pengguna kerusi roda boleh mengakses Fakulti Pendidikan melalui 4 laluan: pertama, melalui jalan belakang di Fakulti Sastera & Sains Sosial yang terletak di Dewan Kuliah F (namun laluan ini agak curam dan sempit); kedua,laluan ram di Blok C; ketiga, laluan ram di Blok D; dan keempat, melalui kawasan tempat parkir bersebelahan Fakulti Sastera & Sains Sosial. Fakulti Pendidikan terbahagi kepada beberapa blok utama. Secara umumnya, pengguna berkerusi roda hanya boleh mengakses tingkat bawah atau tingkat pertama kesemua blok di dalam fakulti ini kerana tiada kemudahan lif, melainkan di Menara Pendidikan

PRASARANA

Di Blok Pentadbiran Fakulti Pendidikan, terdapat kemudahan tanjakan yang dapat membantu OKU berkerusi roda masuk ke dalam blok ini melalui pintu hadapan. OKU termasuk pengguna kerusi roda mempunyai akses yang baik di tingkat bawah blok ini kerana ruangnya yang cukup luas untuk mobilisasi. Tetapi, tingkat atas blok pentadbiran ini tidak dapat diakses oleh pengguna berkerusi roda kerana tiada kemudahan lif. Tingkat bawah mempunyai tandas mesra OKU uniseks yang boleh dipakai pengguna lelaki atau wanita. 
Ruang dalam tandas OKU ini agak luas.

     Terdapat sebuah kedai fotostat yang secara umumnya dapat diakses OKU, tetapi agak sukar diakses pengguna kerusi roda.
Ruang dalaman kedai fotostat yang agak sempit mengehadkan mobiliti OKU berkerusi roda.

     Kemudahan kedai fotostat & surau wanita boleh di akses manakala surau untuk lelaki tidak boleh diakses oleh pengguna-pengguna berkerusi roda. Dewan-dewan kuliah di fakulti ini juga tidak dapat diakses oleh mahasiswa/I berkerusi roda. 

Terdapat bendul tinggi di hadapan surau muslimat, manakala surau muslimin pua mempunyai bendul tinggi pembahagi tempat wuduk dengan ruang solat.

     Tahap aksesibiliti di Menara Pendidikan adalah memuaskan. Pengguna berkerusi roda dapat mengakses setiap tingkat dalam bangunan ini kerana adanya kemudahan lif. Namun begitu, bilik-bilik dan tandas dalam bangunan ini tidak begitu sesuai untuk pengguna berkerusi roda kerana ruangan yang sempit serta tombol pintu yang tidak sesuai.
Walaupun lif ini memadai untuk OKU, tetapi masih terdapat beberapa kekurangan.
     Kafeteria yang terletak di antara Blok A dan Blok B fakulti ini pula boleh diakses oleh semua OKU, termasuk pengguna kerusi roda, walaupun terpaksa melalui jalan yang agak jauh.
Bagi OKU berkerusi roda, salah satu jalan ke kafeteria Fakulti Pendidikan ialah jalan yang bermula dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial.







CADANGAN

Fakulti Pendidikan terletak di atas bukit dan hal ini merupakan salah kesukaran kepada OKU untuk mengakses fakulti tersebut.