KOLEJ KEDIAMAN KETIGA
Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah merupakan nama lain bagi kolej ini yang diambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong pada masa itu, iaitu Tuanku Ampuan Kurshiah. Kolej ini dibuka dengan rasminya pada 11 Ogos 1962 dengan tiga blok bangunan iaitu blok A, B, dan C yang menempatkan pelajar perempuan kesemuanya dan pada tahun 1969, blok E telah dibuka untuk pelajar lelaki.
Selain itu, yang menariknya kolej ini juga pernah dipanggil sebagai kolej perempuan kerana pada suatu ketika dahulu kolej ini didiami oleh pelajar perempuan secara keseluruhannya. Kolej kediaman ketiga ini sangat sinonim dengan sebatang Pokok Tanjung yang memang menjadi tumpuan dan tarikan para pelajar sejak dari awal penubuhan kolej ini lagi.
Antara kemudahan yang disediakan di kolej ini ialah ruang belajar, wifi, surau, kedai fotostat, koperasi dan juga kemudahan rekreasi seperti gelanggan sepak takraw, tenis, bola tampar, bola jaring, badminton, dan bola keranjang serta ruang menonton televisyen.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kolej ini boleh hubungi :
03-79673417, 03-79568821
No comments:
Post a Comment