Carian

LightBlog

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (ACADEMY OF MALAY STUDIES)

LATAR BELAKANG

Pandangan hadapan Akademi Pengajian Melayu

AKADEMI Pengajian Melayu APM) merupakan pusat pengajian Melayu utama di dalam Universiti Malaya. Jurusan yang ditawarkan di sini dapat dibahagikan kepada lima, iaitu Bahasa Melayu, Linguistik Melayu, Kesusasteraan Melayu, Sosio-Budaya Melayu, dan Kesenian Melayu. Bangunan akademi ini hanya terdiri daripada satu blok dan mempunyai seni bina istana Melayu.
  Keseluruhannya, terdapat empat tingkat dalam bangunan ini. Aras Bawah menempatkan pejabat am, Perpustaakaan Pengajian Melayu, kafeteria, surau, kelas tutorial, bilik multimedia, dan kedai fotokopi. Aras Satu pula mempunyai pejabat ijazah tinggi, bilik seminar, bilik mesyuarat, Muzium Etnografi Melayu, dewan, dan studio seni. Aras Dua pula memuatkan dewan kuliah, bilik tutorial, dan bilik-bilik pensyarah, manakala Aras Tiga hanya mengandungi bilik-bilik pensyarah.

PRASARANA

Perkarangan hadapan APM mempunyai laluan masuk yang berupa tangga. Tanjakan untuk pengguna kerusi roda turut tersedia. Bagi OKU kategori lain, tangga bersebelahan tanjakan ini dapat digunakan untuk masuk ke ruang legar akademi.



Tanjakan yang disediakan untuk kegunaan OKU berkerusi roda.

     Dinding di ruang legar APM telah ditampal dengan papan penunjuk arah yang menunjukkan arah bilik-bilik dan dewan  di setiap tingkat.
Papan penunjuk arah ke bilik-bilik dan dewan yang ada dalam APM.
   
     Dari ruang legar akademi, pengunjung dapat terus ke pejabat am. Pejabat Am dapat diakses OKU, walaupun pengguna kerusi roda mungkin akan berhadapan masalah ketika hendak masuk ke dalam pejabat ini.
kaunter pejabat am.

     Bersebelahan dengan pejabat am ialah Perpustakaan Pengajian Melayu. Perpustakaan ini memuatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, tesis, disertasi, jurnal, dan berbagai bahan lain. Perpustakaan ini dapat diakses OKU dengan baik walaupun terdapat beberapa kekurangan.
Pintu hadapan Perpustakaan  Pengajian Melayu.

     Surau untuk kegunaan muslimin dan muslimat di APM terletak bersebelahan Perpustakaan Pengajian Melayu dan berdekatan dengan kedai fotokopi. Pengguna kerusi roda tidak dapat mengakses surau ini.
Surau muslimin dan muslimat terletak bersebelahan antara kedua-dua surau.
     
Kedai fotostat yang terletak di belakang Perpustakaan Pengajian Melayu pula menawarkan perkhidmatan seperti fotostat, percetakan, penjilidan, dan lain-lain lagi.
Kawasan laluan di hadpaan kedai fotostat agak sempit. 

     Terdapat sebuah kafeteria di dalam APM yang sangat sukar untuk diakses oleh pengguna kerusi roda. Walau bagaimanapun, OKU kategori lain seperti cacat penglihatan dapat masuk ke dalam kefeteria ini dengan baik.


Selain ruang dalam kafeteria yang sempit, pintu masuk kafeteria juga berbonggol.

     Berhampiran dengan kafereria ini, terdapat satu tempat letak kereta OKU. Lot meletak kereta tersebut berdekatan dengantanjakan yang dapat digunakan pengguna kerusi roda untuk naik ke tingkat bawah akademi atau terus ke lif.

     Tanjakan yang berdekatan tempat letak kereta ini pula bukan sahaja boleh digunakan penggua kerusi roda, malah pekerja yang mengangkut barang menggukan troli. Pengguna dapat terus pergi ke lif di sebelahnya.
Tanjakan yang dapat digunakan OKU dan pekerja.

     Lif atau elevator di APM bermula dari aras bawah sehingga tingkat tiga.Selain lif ini dapat diakses oleh pengguna kerusi roda, lif ini juga dilengkapi dengan butang yang mempunyai huruf Braillle timbul untuk memudahkan OKU penglihatan. Namun, lif ini tidak mempunyai suara pemberitahuan aras.


Lif APM yang mempunyai keluasan sederhana. 

     Tandas untuk kegunaan khas OKU  terletak bersebelahan lif di tingkat bawah dan satu. Walaupun rekaan tandas ini untuk kegunaan pengguna kerusi roda, malangnya pengguna kerusi roda tidak menggunakannya kerana ruang dalaman tandas yang sempit, sehinggakan pintu tidak dapat ditutup apabila pengguna masuk ke dalam tandas. Pintu tandas OKU ini juga sering dikunci, selain turut digunakan sebagai stor untuk menyimpan kelengkapan pembersihan.

Ruang dalam tandas sempit dan tidak sesuai untuk pengguna kerusi roda.

     APM mempunyai lebih daripada 10 bilik tutorial. Dua daripadanya dilengkapi dengan komputer. Bilik tutorial dapat diakses OKU, cuma terdapat bonggol yang rendah yang mungkin menyukarkan pengguna kerusi roda untuk masuk.

Dua bilik tutorial di tingkat bawah dilengkapkan dengan komputer.

     Salah satu tarikan di APM ialah Muzium Etnografi Melayu. Terletak di tingkat satu, muzium ini mempamerkan pelbagai artifak berkaitan budaya dan kesenian Melayu. Muzium ini dapat dimasuki OKU termasuklah pengguna kerusi roda.


Pelbagai artifak kesenian dan kebudayan masyarakat Melayu terdapat dalam muzium ini.

CADANGAN 

Secara keseluruhannyam, bangunan APM mempunyai kemudahan OKU yang agak baik. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekurangan, malah ada kemudahan OKU yang sedia ada tidak dapat digunakan OKU dengan baik. Beberapa penambahbaikan terhadap infrastruktur yang sedia ada dan penambahan prasarana baharu dapat dilakukan bagi memperbaiki kemudahan dan memberikan keselesaan kepada OKU.

  1. Tandas OKU yang sempit dan tidak dapat digunakan oleh pengguna kerusi roda. Rekaan dan pembinaan semula tandas OKU mungkin perlu dilaksanakan. Antara penyelesaian termudah ialah pintu yang sedia ada ditukar dengan pintu pintu gelangsar (sliding door).
  2. Beberapa bilik yang mempunyai bonggol yang agak tinggi dan menyukarkan pengguna kerusi roda boleh ditambah tanjakan yang rendah.
  3. Lif di APM mempunyai butang berhuruf Braille cetakan timbul, tetapi tidak dilengkapkan dengan output suara yang mengumumkan tingkat atau proses pintu lif.
  4. Dewan kuliah boleh dimasuki melalui pintu bawah yang bertangga dan pintu di aras dua. Pengguna kerusi roda hanya dapat masuk ke dewan kuliah melalui pintu di tinggat dua, tetapi hanya dapat berlegar di anak tangga paling atas dan jauh daripada skrin serta pensyarah. Tanjakan dapat ditambah pada tangga pintu bawah supaya pengguna kerusi roda dapat masuk ke pentas bawah dewan kuliah dan dekat dengan skrin serta pensyarah.
  5. Tombol yang terdapat pada kesemua pintu bilik utama adalah berbentuk bulat dan menyukarkan pengguna kerusi roda serta OKU fizikal. Tombol berbentuk bulat ini dapat ditukar dengan pemegang tuil (lever handle) yang bersifat universal.