Carian

LightBlog

CANSELORI UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG 


BANGUNAN Canseleri Universiti Malaya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti Pejabat Bendahari, Pejabat Perhubungan Korporat & Antarabangsa, Pejabat Naib Canselor, Galeri Seni, dan lain-lain lagi. Bangunan ini boleh diakses menerusi bahagian hadapan, belakang dan sebelah kiri bangunan, sama ada menggunakan tangga dan tanjakan. Kemudahan tanjakan juga tersedia di bahagian hadapan untuk pergi ke kawasan meletak kereta di belakang bangunan tersebut.

PRASARANA 

Pintu masuk utama Canseleri Universiti Malaya mempunyai kemudahan tanajakan di bahagian kiri dan kanan tangga ke pintu tersebut yang membolehkan pengguna kerusi roda naik ke lobi tingkat satu. Pintu lobi pula terdiri daripada pintu gelangsar automatik. 
Jarak antara tanjakan dengan pintu gelangsar automatik sedikit jauh berbanding dengan tangga.

     Bangunan ini juga boleh diakses melalui kawasan tempat meletak kereta di bahagian belakang  dan bawah bangunan. Kawasan tempat meletak kereta khas untuk OKU pula terletak berdekatan dengan sebuah lif yang mesra OKU. 
Tempat meletak kereta OKU berdekatan dengan lif.

     Lif Canseleri Universiti Malaya merupakan elevator atau lif mesra OKU. Ruang di dalamnya cukup luas untuk pengguna kerusi roda, panel butang yang rendah setaraf bahu untuk OKU berkerusi roda, serta butang dengan tulisan Braille timbul dengan output suara pemberitahu aras untuk kemudahan OKU penglihatan. 
Panel butang lif yang setaraf bahu OKU berkerusi roda dapat memudahkan OKU tersebut.

     Ruang dalam bangunan ini termasuklah pejabat-pejabatnya cukup luas untuk mobilisasi pengguna berkerusi roda, namun kebanyakan pintu di dalam bangunan ini agak berat oleh sebab pintu rintangan api.
Pintu rintangan api yang berat agak menyukarkan OKU kategori fizikal. terutamanya yang berkeerusi roda.

     Tandas OKU pula hanay terdapat pada setiap tingkat, iaitu satu di kiri dan satu di kanan bangunan. Boleh dikatakan tandas OKU dalam Canseleri Universiti Malaya merupakan tandas OKU yang terbaik di dalam varsiti ini. Selain mempunyai keluasan yang sesuai untuk penguna kerusi roda, tandas tersebut juga dilengkapi dengna prasarana yang menepati piawaian untuk OKU.
Tandas OKU di dalam Canseleri UM menepati piawaian untuk kegunaan OKU berkerusi roda.
Selain itu, kafeteria yang mempunyai tanjakan dan surau untuk muslimin dan muslimat juga boleh diakses OKU, termasuklah pengguna kerusi roda. 
Walaupun surau tidak mempunyai tanjakan, tetapi OKU berkerusi roda dapat masuk ke dalamnya.

CADANGAN

Secara keseluruhannya, Canseleri Universiti Malaya mempunyai prasarana OKU terbaik di dalam universiti ini. Hal ini demikian mungkin sekali kerana Canselori UM merupakan bangunan baharu, selain turut mempunyai reka bentuk moden dan jimat tenaga.