Carian

LightBlog

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


Akademi Pengajian Islam terletak dikawasan berbukit bersebelahan dengan Rimba Ilmu dan berhampiran dengan pintu laluan Damansara. Akademi Pengajian Islam terdiri daripada empat blok iaitu blok A, B, C, dan D. Setiap blok mempunyai empat tingkat bangunan kecuali blok D yang hanya mempunyai tiga tingkat. Bangunan-bangunan di sini tiada kemudahan lif.

Blok A mempunyai kemudahan meletak motorsikal berhadapan dengan pintu masuk utama. Terdapat ramp disebelah kanan pintu utama bagi memudahkan pergerakan. Di aras satu ini, terdapat Balai Ilmu, Mahkamah Moot, bilik-blik seminar dan juga tandas. Di aras dua pula terdapat dua buah dewan kuliah, bilik-bilik seminar dan tandas OKU. Laluan di aras dua ini bersambung ke blok B. Bilik para pensyarah terletak di aras empat.

Pintu utama blok B terletak di aras dua. Di aras satu blok ini terdapat kafe, bilik seminar, kedai fotostat dan cetak, dan juga tandas. Di aras dua blok ini terdapat Dewan Kuliah Utama yang boleh memuatkan 500 orang. Di sini juga terdapat koperasi yang menjual makanan, minuman dan keperluan pelajar yang lain. Di aras ini juga terdapat kedai fotostat dan kedai buku. Laluan di aras ini bersambung ke blok C. Aras tiga bangunan ini menempatkan makmal komputer sebagai kemudahan kepada pelajar dan juga bilik seminar. Aras empat mempunyai bilik-bilik pensyarah.

Blok C bermula dengan aras dua yang merupakan aras paling bawah. Di aras dua ini hanya terdapat bilik-bilik seminar dan tandas. Di aras tiga sehingga aras lima terdapat bilik para pensyarah mengikut jabatan. Di blok ini terdapat kemudahan tempat meletak kereta bagi OKU. Terdapat ramp di bahagian belakang blok D yang menghubungkan tempat meletak kereta ke blok C.


Blok D merupakan blok pentadbiran. Pintu utama blok ini terletak di aras dua yang merupakan aras paling bawah. Pejabat Ijazah Dasar, Pejabat Ijazah Tinggi dan Bilik Pengarah API terletak di aras empat bangunan ini. Bangunan ini tidak mempunyai kemudahan lif dan juga tidak bersambung dengan bangunan lain yang terdapat di API. Terdapat kemudahan tempat meletak kenderaan bagi pelawat di blok ini.