Carian

LightBlog

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Bangunan Fakuti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) mempunyai dua blok iaitu Blok A dan Blok B. Blok A terdiri daripada 3 tingkat dan blok B pula terdiri daripada 4 tingkat. Pejabat pentadbiran terdapat di blok A dan boleh diakses melalui kaunter. Di blok ini juga terdapat ramp yang dapat memudahkan pergerakan masuk ke dalam bangunan.Terdapat dua dewan kuliah di Blok A yang boleh memuatkan seramai 300 orang pada satu-satu mase setiap satunya. Dewan kuliah bole diakses melalui pintu hadapan.


Di Blok B pula terdapat lima buah bilik tutorial. Kemudahan lif juga turut disediakan di blok ini. Dari tingkat dua blok b ini, terdapat laluan bersambung ke blok A melalui sebuah jambatan. Terdapat sebuah tempat letak kereta OKU di blok ini. Makmal terletak di kedua-dua blok yang mana boleh diakses dengan mudah. Makmal yang terdapat di blok A berada di tingkat satu. Manakala makmal di blok b terletak di aras bawah. Tandas OKU boleh didapati di aras bawah di kedua-dua blok ini. Kafe di FSKTM terletak di bahagian belakang bangunan ini. Kafe ini mempunyai ramp dan boleh diakses dengan mudah.