Carian

LightBlog

KOLEJ KEDIAMAN KELAPAN



KOLEJ KEDIAMAN KELAPAN
Kolej Kediaman Kelapan atau nama lainnya ialah Kolej Kediaman Kinabalu. Kolej ini dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Yayasan Sabah pada 1985 seterusnya dirasmikan pada 18 December 1987.
Nama kolej ini diambil bersempena dengan nama Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di Sabah. Kolej ini mempunyai enam buah blok penempatan iaitu empat buah blok perempuan dan dua buah blok lelaki.
Antara kemudahan yang terdapat di kolej ini adalah seperti kafeteria, ruang belajar, gym, perpustakaan mini PSMKH, studio muzik, mesin basuh menggunakan duit syiling dan ‘vender machine’. Bagi kemudahan beriadah pelbagai jenis gelanggang turut disediakan seperi futsal, takraw, bola keranjang dan lain-lain.
Bagi sebarang pertanyaan untuk kolej kediaman ini, boleh hubungi nombor ini : 03-79673216

No comments:

Post a Comment