LATAR BELAKANG
|
Pintu gerbang Kolej Kediaman Ketujuh. |
Kolej Kediaman Ketujuh atau lebih
dikenali sebagai Kolej Kediaman Za"ba, Universiti Malaya siap dibina pada
tahun 1974. Kolej Kediaman Za"ba mampu menampung seramai 800 orang
penghuni. Kolej Kediaman Za"ba merupakan sebuah kolej kediaman yang turut
dihuni oleh Orang Kuran Upaya (OKU). Warga Kolej Kediaman Za"ba adalah
berpegang teguh pada slogan “KAMI BERSATU”. Terdapat 5 buah blok, iaitu Blok A, B, C, dan D (blok
penginapan mahasiswa) serta Blok Pentadbiran. Setiap blok penginapan mempunyai
empat tingkat, manakala Blok Pentadbiran pula mempunyai dua tingkat. Terdapat
beberapa lagi bangunan dalam kawasan kolej ini, iaitu Bangunan Seri Jati dan
bangunan lot kedai.
PRASARANA
Dari pintu gerbang Kolej Kediaman
Za’ba, terdapat guiding block atau tactile yang dapat memandu arah OKU
penglihatan untuk pergi ke Blok D (blok penginapan siswi), Blok A (blok
penginapan siswa) dan ke Bangunan Seri Jati.
|
Guiding block di hadapan Blok D. |
Mahasiswa-mahasiswi kurang upaya diberi
keutamaan untuk menginap di bilik-bilik di tingkat bawah, iaitu tingkat pertama
di Blok D untuk mahasiswi dan tingkat pertama di Blok A untuk mahasiswa. Untuk masuk ke dalam Blok A dan Blok D ini, terdapat tanjakan serta susur tangan (hand rail). Namun, kecerunan tanjakan di kedua-dua blok ini agak tinggi dan
mungkin sedikit menyukarkan pengguna kerusi roda manual.
|
Tanjakan yang terdapat di Blok D (atas) dan Blok A (bawah). |
Terdapat empat buah bilik mesra pengguna dengan kecacatan fizikal di Blok D dan 5
buah bilik mesra pengguna dengan kecacatan fizikal di Blok A. Setiap bilik
mempunyai bilik mandi di samping palam suis berada pada ketingian yang mampu
dicapai. Tahap ketercapaian untuk pengguna berkerusi roda di blok-blok ini
hanyalah pada tingkat pertama sahaja.
Selain
bilik penginapan, terdapat juga bilik basuh khusus untuk kegunaan mahasiswa/i kurang upaya di Blok A dan Blok D di samping terdapat kawasan ampaian untuk menjemur pakaian.
Terdapat juga bilik mandi untuk kegunaan mahasiswa/i cacat penglihatan yang
terletak bersebelahan dengan bilik basuh.
|
Kedua-dua bilik basuh dan ampaian mempunyai tanjakan yang memberikan akses kepada OKU berkerusi roda. |
Untuk ke Blok Pentadbiran, terdapat tanjakan dengan pintu gelangsar automatik untuk kemudahan pengguna kerusi roda. Terdapat juga kaunter yang mesra
pengguna kerusi roda (disabled performance desk) di hadapan pejabat pentadbiran kolej di tingkat pertama
Blok Pentadbiran, yang mana ketinggian kaunter itu separas dengan pengguna
berkerusi roda. Ruangan di dalam pejabat pentadbiran kolej juga mampu diakses
oleh pengguna berkerusi roda.
|
Tahap ketercapaian OKU untuk ke pejabat adalah sangat tinggi. |
Berdekatan dengan pejabat pentadbiran, terdapat satu tanjakan yang menghala ke luar Blok Pentadbiran. Dari sini, mahasiswa dapat pergi ke Blok D, Intelectual Square, dan
surau.
|
Tanjakan bersebelahan pejabat ini menghala terus ke pintu masuk Blok D. |
Tanjakan juga disediakan
bagi memudahkan mahasiswa-mahasiswi muslim berkerusi roda untuk pergi ke surau
kolej. Namun begitu, permukaan ram
tersebut terlalu licin dan dan agak
cerun. Pengguna berkerusi juga boleh menggunakan ruangan intelect Square (ruangan belajar) kerana terdapat kemudahan ram di situ. Walau bagaimanapun, tahap
kecerunan tidak seusai untuk pengguna kerusi roda manual.
|
Selain tahap kecerunan yang tinggi, penggunaan jubin menyebabkan permukaan tanjakan menjadi licin. |
Surau Al-Irsyad di kolej ini dapat dimasuki pengguna kerusi roda dengan melalui tanjakan yang disediakan. Seperti tanjakan yang menghala ke arah surau, tanjakan untuk khas di hadapan pintu surau juga agak curam.
|
Tanjakan yang pendek menyebabkan tahap keerunannya tinggi. |
Selain itu, terdapat juga lif yang
dilengkapi kemudahan OKU seperti butang yang mempunyai tulisan Braille timbul, output suara pemberitahuan aras, dan
keluasan yang memadai untuk pengguna berkerusi roda. Lif ini dapat digunakan untuk naik ke Dewan
Nukleus yang terletak di tingkat dua Blok Pentadbiran. Dari tingkat bawah, para pengguna terlebih dahulu harus menaiki tanjakan yang terletak di hadapan lif tersebut, yang turut dilengkapi dengan susur tangan.
|
Lif di Blok Pentadbiran yang mempunyai keluasan yang agak kecil. |
Dewan Nukleus turut dilengkapkan dengan beberapa kemudahan OKU seperti sinki yang mesra pengguna
berkerusi roda (yang mana ketinggiannya separas dengan ketinggian kerusi roda)
dan pentas yang mempunyai tanjakan. Ruangan di Dewan Nukleus juga boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda.
|
Kawasan dalam dewan yang luas dan memberikan halangan kepada OKU. |
Bangunan
Seri Jati merupakan bangunan kecil yang berfungsi sebagai bilik gerakan atau operasi bagi Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM). Terdapat
sejumlah komputer yang dilengkapi pirisian pembaca skrin JAWS untuk kegunaan OKU penglihatan. Ruang di dalam bangunan ini luas untuk mobilisasi pengguna
berkerusi roda. Dua buah tandas mesra OKU turut tersedia di dalam bangunan ini.
|
Bangunan Seri Jati dilengkapi dengan pelbagai prasarana OKU. |
Di hadapan Bangunan Seri Jati, terdapat dua tempat meletak kereta untuk kegunaan OKU yang memandu kereta.
|
Tempat meletak kereta terletak berhampiran dengan pintu masuk Bangunan Seri Jati. |
Pengguna
berkerusi roda juga boleh mengakses kawasan gelanggang futslal, gelanggang bola
keranjang, kafeteria dan kedai runcit. Laluan untuk masuk ke dalam kawasan gelanggang dan lot kedai ini turut mempunyai tanjakan rendah.
|
Kawasan lot kedai, gelanggang futsal dan elanggang bola keranjang dapat diakses OKU. |
Kemudahan van khas untuk mahasiswa/I kurang upaya turut disediakan oleh pihak kolej. Van ini mempunyai lif untuk mengangkut pengguna kerusi roda masuk ke dalam van.
|
Van khas untuk OKU mempunyai lif penganggut OKU berkerusi roda. |
Terdapat sebuah tanjakan di belakang kolej yang dapat memudahkan pengguna kerusi roda untuk ke fakulti-fakulti
berdekatan melalui pintu belakang Koej Kediaman Za'ba.
|
Tanjakan bersebelahan gelanggang tenis ini digunakan OKU berkerusi roda untuk pergi ke pintu pagar belakang kolej. |
CADANGAN