LATAR BELAKANG
PERPUSTAKAAN Utama Unviersiti Malaya merupakan perpustakaan terbesar dalam universiti ini. Terdiri dariapda satu blok, perpustakaan ini mempunyai banyak bilik dan dewan untuk pelbagai tujuan yang dapat digunakan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Sebagai perpustakaan utama atau pusat, Perpustakaan Utama turut menyediakan pelbagai prasarana OKU demi menjamin keberterusan akademi dan keselesaan mahasiswa dan mahasiswi OKU.
PRASARANA
Pintu masuk utama bangunan Perpustakaan Utama Universiti Malaya ini mempunyai kemudahan tanjakan untuk pengguna kerusi roda, di samping guiding block atau tactile untuk kegunaan OKU penglihatan yang bermula dari UM Central (stesen bas utama Universiti Malaya yang terletak di belakang Perpustakaan Utama). Untuk pergi ke pintu hadapan, pengguna kerusi roda boleh masuk dari bahagian kiri bangunan. Selain itu, terdapat
kemudahan tempat meletak kereta OKU di bahagian kiri hadapan bangunan ini.
Tanjakan di hadapan pintu masuk perpustakaan dan guiding block di UM Central. |
Tingkat pertama perpustakaan menempatkan ruang
rehat yang boleh diakses oleh OKU, termasuklah yang berkerusi roda kerana terdapat tanjakan untuk ke ruangan
tersebut.
////////////////////////////////////////////////////
Papan notis pencarian pembaca sukarelawan atau reader yang diletakkan di dinding sebelah
pintu ruangan tangga pula bertujuan untuk mencari pembaca sukarelawan yang dapat membantu pelajar cacat penglihatan dengan membacakan bahan bercetak kepada para pelajar ini.
Papan kenyataan pencarian pembaca sukarelawan atau reader. |
Aras pertama Perpustakaan Utama juga menempatkan Makmal S, iaitu sebuah makmal komputer, khas untuk kegunaan mahasiswa/i OKU. Makmal yang terletak di bhagian belakang kaunter utama dan bersebelahan Bilik Koleksi Teras Akademik ini dilengkapi komputer-komputer yang dipasang dengan perisian pembaca skrin JAWS, pengimbas, dan Braille embosser. Ruang di dalam Makmal S agak luas dan memudahkan mobilisasi pengguna kerusi roda.
Selain ruang dalaman makmal yang luas, Braille embosser turut disediakan. |
Di samping itu, tandas mesra OKU juga disediakan di tingkat yang sama. Tandas ini terletak di bahagian kiri bangunan berhadapan dengan bilik karel dan sangat hampir dengan Makmal S.
Dua tandas OKU disediakan dalam Perpustakaan Utama. |
Mahasiswa/i kurang upaya juga diberikan kemudahan bilik karel yang dapat digunakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan, yang terletak di aras satu dan dua perpustakaan. Namun, kemudahan ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan mahasiswa perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bilik karel tersebut.
Bilik karel di tingkat satu adalah lebih luas berbanding bilik karel di tingkat dua. |
Untuk naik ke tingkat atas, tangga dan lif telah disediakan. Dua buah lif mesra OKU di dalam Perpustakaan Utama mempunyai butang dengan huruf Braille timbul dan suara pemberitahu aras, di samping mempunyai ruang yang agak luas
Butang dengan huruf Braille timbul dapat membantu OKU penglihatan. |
Kawasan
rak buku di dalam bangunan ini juga boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda.
Untuk mencari buku di bahagian atas rak, pengguna kerusi roda boleh mendapatkan bantuan pustakawan. |
Selain itu, terdapat juga kemudahan wireless printing dan kedai fotostat di tingkat dua yang terletak berhampiran dengan bilik karel. Pintu keluar kecemasan di tingkat dua pulaberdekatan dengan Makmal D. Surau yang disediakan di tingkat empat dapat diakses OKU dengan mudah, tetapi tidak bagi pengguna kerusi roda.
CADANGAN
Sebagai perpustakaan pusat di dalam Universiti Malaya, Perpustakaan Utama Universiti Malaya mempunyai kemudahan OKU yang paling lengkap. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dapat dipertimbangkan berkenaan dengan kemudahan OKU di dalam bangunan tersebut. Berikut beberapa cadangan untuk membaikpulih dan menambah prasarana OKU di dalam Perpustakaan Utama.
No comments:
Post a Comment