Carian

LightBlog

KOMPLEKS PERDANA SISWA (KPS)

LATAR BELAKANG



KOMPLEKS Perdana Siswa (KPS) secara umumnya merupakan pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan serta pusat aktiviti mahasiswa Universiti Malaya. Antara kemudahan yang tersedia di sini ialah mesin juruwang automatik (ATM), pejabat pos, kedai barangan elektronik, kedai alat tulis, dan kedai buku. Komples ini terdiri daripada tujuh blok, iaitu Blok A sehingga Blok G.Bagi OKU yang tidak menggunakan kerusi roda, kesemua blok dalam kawasan kompleks ini dapat diakses sepenuhnya, tetapi OKU berkerusi roda mempunyai tahap ketercapaian yang terhad, iaitu hanya di Blok D dan Blok E.

PRASARANA

Blok B dan C kompleks ini dapat diakses pengguna kerusi roda di bahagian bawah, iaitu kedai alat tulis dan kedai buku. Tingkat atas Blok B juga dapat dimasuki pengguna kerusi roda, tetapi kawasan ini mempunyai bonggol yang agak tinggi. Kemudahan lain di tingkat atas seperti kedai barangan elektronik dan pejabat pos tidak dapat diakses mereka lantaran ketiadaaan tanjakan


Ruang legar Blok B masih dapat dimasuki pengguna kerusi roda dengan keadaan yang agak sukar.

     Pintu masuk Blok D KPS mempunyai tanjakan yang memudahkan pengguna kerusi roda untuk masuk ke tingkat bawah bangunan ini. Kawasan perkarangan blok ini pula agak landai dan tidak mengehadkan mobilisasi OKU berkerusi roda, manakala ruang di dalam blok memadai untuk pergerakan mereka. 


Kawasan luar Blok D agak luas, manakala ruang dalamnya memadai untuk mobiliti OKU berkerusi roda.

     Kebanyakan pintu di dalam bangunan ini agak berat kerana pintu-pintu tersebut ialah pintu rintangan api dan mempunyai keluasan yang agak sempit. Tandas mesra OKU juga disediakan di dalam Blok D, iaitu di tingkat satu. Lif mesra OKU yang mempunyai butang dengan tulisan Braille timbul dan suara pemberitahu aras pula terletak di bahagian belakang bangunan ini. 


Tandas mesra OKU hanya terdapat di aras satu, manakala lif pula bermula dari aras satu hingga teratas.

     Dari tingkat bawah Blok D, pengguna kerusi roda boleh pergi ke Blok E sehinggalah ke kawasan kafeteria di Blok F dan kedai runcit di Blok G. Dari tingkat dua Blok D pula, OKU berkerusi roda hanya boleh masuk ke Blok E sahaja. 


Kedai runcit di Blok G, Kafeteria di Blok F, dan Student Mall di hadapan Blok F.

     Antara jabatan yang ada di Blok D termasuklah Seksyen Kaunseling, Kerjaya & OKU serta Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya. Blok E pula menempatkan Pejabat Hal Ehwal Pelajar.     
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

     Berdekatan dengan Blok D dan E, terdapat Gazebo, iaitu sebuah pentas lengkap dengan tempat duduk penonton untuk persembahan dan aktiviti para siswa. OKU berkerusi roda dapat mengakses Gazebo ini, malah terdapat kemudahan tanjakan untuk naik ke pentas. 

Berbanding OKU kategori lain, pengguna kerusi roda hanya dapat mengakses kawasan bawah Gazebo sahaja.

     Bersebelahan dengan Blok D, terdapat Blok A, iaitu Auditorium yang dapat diakses pengguna kerusi roda melalui pintu tingkat bawah. OKU kategori lain boleh masuk ke dalam Auditorium melalui pintu di tingkat atas mahupun tingkat bawah.

OKU berkerusi roda hanya dapat masuk ke Auditorium melalui pintu bawah.

     Dari KPS, pengguna berkerusi roda dapat pergi secara langsung ke Bangunan Canseleri dan Dewan Tunku Canselor melalui lorong di sebelah kanan kedai runcit yang terletak di Blok G kompleks ini.
Lorong di hadapan kedai runcit Blok G ini agak sempit, tetapi masih dapat dilalui OKU berkerusi roda.



CADANGAN





No comments:

Post a Comment