Bangunan Pascasiswazah – Bangunan ini terdiri daripada empat tingkat dan setiap tingkat boleh diakses oleh OKU. Lif yang disediakan pula mesra OKU; mempunyai butang dengan huruf Braille timbul, sistem output suara (voice-output system), dan butang lif yang sesuai dengan ketinggian pengguna kerusi roda. Terdapat dua tanjakan di hadapan bangunan dan berspesifikasi standard. Tempat meletakkan kereta khas untuk OKU pula terletak di belakang bangunan. Makmal komputer di aras bawah pula boleh diakses OKU termasuklah yang berkerusi roda, di samping komputer-komputer di dalam makmal ini juga dilengkapi dengan perisian pembaca skrin (JAWS).
Antara bilik yang terdapat di bangunan ini termasuklah bilik tutorial, dewan kuliah, bilik pensyarah, bilik mesyuarat, pejabat dan pentadbiran pascasiswazah, yang dapat diakses oleh semua kategori OKU, tetapi kesemua bilik menggunakan tombol bulat. Kafeteria dan surau di tingkat bawah juga dapat diakses OKU. Tandas khas OKU pula ditempatkan di setiap aras dan memenuhi standard keperluan OKU kerusi roda, termasuklah mempunyai tombol tuil (lever handle).
Bangunan Dewan Kuliah – Umumnya, OKU dapat memasuki kelima-lima dewan kuliah dalam bangunan ini, tetapi OKU kerusi roda hanya dapat memasuki tiga dewan kuliah sahaja.koridor banguan satu tingkat ini tidak mempunyai halangan. Pintu setiap dewan menggunakan tombol bulat. Terdapat satu laluan masuk yang boleh digunakan oleh pengguna kerusi roda. Tidak terdapat tandas dan tempat meletakkan kereta OKU di sini.
Bangunan Pentadbiran – Laluan masuk ke dalam blok ini dapat dilalui semua OKU. Terdapat pejabat am, bilik dekan ,bilik-bilik pensyarah, ruang legar, dan kedai fotostat. Tiada tandas dan tempat meletakkan kereta OKU. Pengguna kerusi roda hanya dapat mengakses tingkat bawah bangunan ini sahaja.
Selain itu, fakulti ini juga mempunyai Bangunan Dewan FEA. Terdapat dua cara untuk sampai ke bangunan ini, iaitu melalui tangga dan jalan raya. OKU berkereusi roda hanya dapat masuk ke dalam bangunan ini melalui jalan raya dan hanya tingkat satu sahaja dapat diakses. Tingkat bawah ini mempunyai Dewan FEA dan dua bilik seminar. Tempat meletak kereta OKU terloetak di belakang bangunan. Tiada tandas OKU dan surau.