Carian

LightBlog

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


Terdapat kemudahan guiding block atau tacktile dari Kolej Kediaman Ketujuh (Za’ba) ke Fakulti Sastera & Sains Sosial, tetapi laluan ini terputus-putus disebabkan jalan tar. Laluan selamat untuk pengguna berkerusi roda untuk masuk ke Fakulti Sastera & Sains Sosial adalah melalui laluan belakang berdekatan Fakulti Bahasa & Linguistik. Terdapat kemudahan ram yang membolehkan pengguna berkerusi roda pergi ke Bangunan Siswa Rama dan dewan-dewan kuliah (Dewan Kuliah A sehingga Dewan Kuliah F), tetapi keadaan ram masih agak cerun.

Selain itu, keadaan di dalam dewan-dewan kuliah atau bilik-bilik seminar tidak mesra pengguna kurang upaya. Walau bagaimanapun, terdapat tandas mesra OKU yang terletak di bersebelahan Dewan Kuliah A(siswa rama). Terdapat juga kemudahan ram di Dataran Siswa. Dari Fakulti Sastera & Sains Sosial, pengguna berkerusi roda masih mampu ke Bangunan SKET, tetapi keadaan laluannya cerun dan sempit.

Selain daripada itu, pengguna OKU (khususnya pengguna berkerusi roda) juga boleh mengakses Bank Nasional Berhad (BSN) dan mesin juruwang automatik (ATM) di Bangunan Siswa Rama. Di sini juga terdapat kedai fotostat. Pengguna berkerusi roda juga boleh mengakses Dataran Siswa dan Datara Sastera  di samping kafeteria yang terletak di belakang Dataran Sastera. Pejabat Dekan fakulti ini juga tidak boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda kerana pejabat terletak di tingkat dua dan tiada kemudahan lif. Kawasan parkir OKU jugatidak disediakan di fakulti ini.


Pengguna berkerusi roda juga hanya boleh mengakses aras bawah bangunan baru Fakulti Sastera & Sains Sosial. Aras-aras lain tidak boleh diakses kerana tiada kemudahan lif. Tandas mesra OKU juga tidak disediakan di bangunan ini.