Carian

LightBlog

FAKULTI UNDANG-UNDANG

LATAR BELAKANG


FAKULTI Undang-undang Universiti Malaya merupakan fakulti pertama yang kelihatan apabila para pengunjung masuk ke varsiti ini melalui pintu masuk Kuala Lumpur. Secara umumnya, fakulti ini terdiri daripada tiga bangunan utama, iaitu bangunan utama, bangunan perpustakaan, dan bangunan mahkamah olok-olok.

PRASARANA

Bangunan utama yang dinamakan sebagai Bangunan Sultan Azalan Shah mempunyai tiga tingkat yang terdiri daripada kelas-kelas, dewan kuliah, pejabat pentadbiran, bilik-bilik pensyarah, dan ruang santai. Untuk masuk ke bangunan ini, OKU tidak menghadapi sebarang masalah. Malah, tanjakan juga disediakan di ruang legar bangunan. Lif yang terdapat di bangunan ini pula tidak mempunyai kemudahan OKU, misalnya butang bercetak Braille dan output suara pemberitahu aras. Tandas OKU pula hanya terdapat di tingkat bawah dan sangat sesuai dengan pengguna kerusi roda.


     Perpustakaan Undang-undang yang terdapat di fakulti ini merupakan bangunan terasing daripada blok fakulti yang lain. Bagi pengguna kerusi roda, tanjakan juga telah disediakan. Terdapat empat aras dalam bangunan perpustakaan tersebut dengan lif yang mempunyai keluasan yang memadai. Namun, lif ini tidak dibekalkan dengan butang berhuruf Braille dan output suara pemberitahu aras. Secara umumnya, Perpustakaan Undang-undang dapat diakses semua jenis OKU dengan baik. 

   Pengguna kerusi roda juga tidak menghadapi sebarang masalah untuk masuk ke dalam prepustakaan ini kerana saiz bukaan pintu masuk yang besar serta ruang mesin pengesan yang muat untuk dilalui. Turut tersedia di dalam bangunan perpustakaan ini ialah tandas khas OKU yang terdapat di tingkat dua.

    Bangunan yang terletak di bahagian kanan sebelah hadapan fakulti ini menempatkan lima buah bilik kuliah serta moot court. Bangunan ini mesra OKU, tidak mempunyai bendul, pintu bersaiz besar (tetapi tombol pintu berbentuk bulat), dan mempunyai tandas mesra OKU.

     Kawasan parkir pula terbahagi kepada dua; satu dikhaskan utnuk staf sahaja yang berada betul-betul di hadapan fakulti, manakala satu lagi tempat meletak kereta untuk kegunaan awam. Kedua-dua tempat meletak kereta mempunyai lot untuk kegunaan OKU yang berkereta.


CADANGAN