Carian

LightBlog

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN



Terdiri daripada tiga buah blok, iaitu Blok A, B, dan C. Blok A, mempunyai dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik pensyarah dan makmal komputer. Aras pertama boleh diakses melalui pintu hadapan bangunan kerana terdapat kemudahan ram. Aras pertama menempatkan bilik-bilik pensyarah, manakala aras dua pula menempatkan pejabat pentadbiran. Makmal komputer yang terletak di bahagian belakang bangunan juga tidak boleh diakses bagi pengguna berkerusi roda. Aras kedua turut tidak boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda kerana tiada kemudahan lif disediakan. Tidak memiliki tandas mesra OKU. Biarpun terdapat kawasan parkir di hadapan blok ini, namun tiada lot parkir OKU yang disediakan.

            Blok B bercantum dengan bangunan Perpustakaan Memorial Za’ba, namun kedua-dua bangunan tersebut merupakan entiti yang berasingan. Terdiri daripada dua tingkat. Blok ini menempatkan bilik-bilik tutorial. Walau bagaimanapun, hanya aras pertama bangunan sahaja boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda, manakala aras kedua tidak boleh diakses. Terdapat kemudahan ram bagi memasuki blok ini.


            Blok C menempatkan dewan-dewan kuliah dan blok ini hanya boleh diakses melalui jalan belakang bangunan kerana terdapat kemudahan ram. Semua dewan kuliah boleh diakses oleh pengguna berkerusi roda. Terdapat dua lot parkir OKU di bahagian belakang bangunan tersebut.