Carian

LightBlog

KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT


KOLEJ KEDIAMAN KEEMPAT
Kolej Kediaman Keempat atau juga dikenali sebagai Kolej Kediaman Bestari merupakan kolej yang terletak berdekatan dengan Kolej Kediaman Ketiga dan Ketujuh. Kolej ini telah berdiri teguh di dalam Universiti Malaya sejak bulan Ogos 1963. 
Kolej ini pada mulanya mempunyai tiga buah blok, namun pada tahun 1971 satu bangunan ditambah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Sehingga kini Kolej Kediaman Keempat telah mempunyai empat blok bangunan iaitu tiga blok siswi dan satu blok siswa.
Kemudahan yang terdapat di kolej ini ialah wifi, ruang belajar, bilik muzik, surau, kafeteria dan lain-lain lagi. Kedai dobi dan mesin basuh juga turut disediakan bagi memudahkan pelajar selain gelanggang sukan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kolej ini boleh hubungi :
Kolej Kediaman Keempat - +60379567591

No comments:

Post a Comment