Carian

LightBlog

KOLEJ KEDIAMAN KELIMA


KOLEJ KEDIAMAN KELIMA
Kolej Kediaman Dayasari merupakan nama bagi kolej yang kelima ditubuhkan di Universiti Malaya. Kolej ini telah dirasmikan oleh Prof. Francis Morsingh pada Jun 1966 dan pada 20 Disember 1986, kolej ini telah ditukarkan nama kepada Kolej Kediaman Dayasari yang membawa maksud ‘Daya’ ialah tenaga dan ‘Sari’ ialah kualiti.
Kolej ini juga menempatkan pelajar-pelajar PALAPES semenjak sesi 1997/98 dan mempunyai lima buah blok penginapan iaitu Azalea, Bougainvillea, Camelia, Dahlia dan Episcia.
Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik televisyen, gelanggang sukan untuk aktiviti futsal, squash, tennis dan sepak takraw. Gym juga disediakan kepada para pelajar kolej ini. Turut terdapat kemudahan wifi, bilik bacaan dan ruang rehat.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kolej ini boleh hubungi :
03-7967 3419

No comments:

Post a Comment